Dimensi Budaya Hofstede (1980)
1.
Pengenalan
Budaya boleh dilihat
daripada pelbagai perspektif kerana budaya boleh jadi dalam bentuk nyata dan
tidak nyata. Menurut Che Su et al. (2009), budaya merupakan gaya, cara hidup, sesuatu
yang menjadi kebiasaan dalam sesuatu masyarakat, simbol, makna, andaian dan
peraturan yang dibentuk dan diperturunkan daripada satu generasi kepada satu
generasi. Manakala Maheswaran & Shavitt (2000) mentafsirkan budaya sebagai
salah satu faktor dalaman yang mempengaruhi perilaku seseorang.
Budaya juga terdapat
dalam sesebuah organisasi. McDermott dan O’Dell (2001) mendefinisikan budaya
organisasi sebagai nilai, struktur dan sistem, kelakuan, ruang dan lagenda
dalam organisasi. Hal ini disokong dengan kajian yang dilakukan oleh Steenkamp
et al (1999), dimana beliau berpendapat budaya diukur dengan menggunakan
nilai-nilai yang berkaitan dengan pekerjaan.
Selain itu, budaya
memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek. Mohamad Zain & Nik Hassan Shuhaimi
(2010), menyatakan bahawa budaya berperanan dalam mempromosikan keamanan dan
keharmonian antara pelbagai bangsa dan masyarakat. Hal ini dilihat daripada
sektor pelancongan dimana kepelbagaian budaya di Malaysia mampu menarik minat
pelancong asing untuk datang dan mengenali budaya di Malaysia.
2.
Dimensi Perbezaan Budaya Hafstede
(1980)
Menurut Hofstede (1980),
terdapat perbezaan pada peringkat kebangsaan dan daerah dalam konteks
pengelompokan budaya yang mempengaruhi tingkahlaku dalam organisasi. Dimensi
horstede sering digunakan dalam penelitian sosial karena kesederhanaannya dalam
memahami dan mengukur budaya. Antara Dimensi Budaya Hofstede adalah seperti
berikut:
2.1 Jarak kuasa jauh/ dekat
Hofstede
(1989) menyatakan jarak kuasa bermaksud di mana mereka yang kurang berkuasa di
dalam sesuatu organisasi, termasuk institusi kekeluargaan, menerima dan
merasakan bahawa kuasa diagihkan secara tidak adil. Jarak kuasa jauh menunjukkan
semakin jauh jarak kuasa maka semakin tinggi darjah ketaatan masyarakat kepada
ketua dalam masyarakat yang mempunyai status. Negara-negara
Asia dikatakan mempunyai jarak kuasa yang tinggi. Contohnya Malaysia
memberikan penekanan dari kecil tentang nilai-nilai moral yang perlu
diterapkan dalam menghormati orang yang lebin tua, ibu bapa, guru, pemimpin,
ketua dalam organisasi.
Individu yang mengamalkan jarak kuasa dekat boleh berhubung di antara satu sama
lain tanpa mengira struktur formal dalam organisasi. Oleh yang demikian,
individu-individu dalam organisasi merasakan lebih selesa, proaktif dan mampu
melibatkan diri dalam pembuatan keputusan.
Dalam
budaya jarak kuasa dekat. Hal ini kerana di Malaysia proses pembuatan keputusan
terletak kepada pihak pengurusan atasan dan pemimpin mempunyai kata akhir ke
atas semua keputusan penting. Di Amerika Syarikat, keputusan boleh dibuat oleh
semua individu di dalam organisasi. Walaupun pemimpin dihormati, keputusan
mereka masih boleh dipertikaikan dengan tujuan membangunkan dan memajukan
organisasi. Dalam konteks organisasi Polis Diraja Malaysia. Organisasi ini
terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu Pegawai Kanan Polis sebagai pemimpin,
ketua, perancang dan penentuan manakala Pegawai Rendah Polis sebagai perlaksana.
2.2 Pengelakkan ketidakpastian tinggi/
rendah
Dimensi budaya Hofstede pengelakkan
ketidakpastian memberi maksud ketidakselesaan masyarakat dalam ketidaktentuan
dan ketidakstabilan. Perasaan ini menunjukkan adanya kerisauan dan keinginan
masyarakat untuk dapat meramal situasi yang akan datang. Dimensi ini merupakan
proses dimana individu dalam suatu negara lebih cenderung untuk memilih situasi
berstruktur (tidak berisiko) berbanding situasi tidak berstruktur (berisiko).
Negara Malaysia cenderung ke arah negara dengan kadar pengelakkan
ketidakpastian yang tinggi. Hal ini kerana Malaysia kerap dalam mementingkan
keselamatan dan cenderung mengelakkan konflik.
2.3 Kolektivisme/
individualisme
Individualisme adalah lawan bagi kolektivisme.
Dengan erti kata yang lain ia membawa maksud sejauh mana masyarakat di Malaysia
menjaga diri serta keluarga terdekat sahaja. Manakala kolektivisme pula membawa
maksud seseorang sejak lahir berintegrasi ke dalam satu kelompok yang besar.
Masyarakat Malaysia adalah cenderung berorientasikan kumpulan dan organisasi.
Ini kerana kebanyakkan masyarakat di Malaysia mampu memberikan komitmen yang
tinggi walaupun terdiri daripada pelbagai kaum. Merujuk kepada Devito (2009) mengatakan bahawa menekankan
pentingnya nilai-nilai kelompok atau kolektif seperti amalan tradisi, murah
hati, dan kepatuhan. Masyarakat Malaysia mementingkan matlamat kebajikan dalam
organisasi berbanding dengan pencapaian kehendak individu. Budaya ini sering
menentang pembaharuan dan perubahan dan lebih bersedia menerima seadanya.
Langkah ini bagi mengelakkan berlakunya konflik individual. Sebagai contoh
warga tua semakin dipinggirkan oleh sesetengah organisasi dalam negara.
Walaupun perkara ini pernah diberikan perhatian pada suatu ketika dahulu, Ianya semakin hilang ditelan arus kemodenan. Ramai warga
tua yang ditamatkan perkhidmatan disebabkan masalah lanjutan usia, masalah
kesihatan dan sebagainya telah digantikan dengan tenaga golongan muda yang
lebih produktif dan berintegeriti dalam menjalankan tugas.
2.4 Maskulinisme/ Feminisme
Merujuk kepada Porter, Samaver dan McDaniel
(2007) mengatakan bahawa Hofsetde menggunakan perkataan maskulin dan feminin bagi
merujuk sejauh mana ciri-ciri maskulin dan feminin dihargai dan ditonjolkan
dalam sesebuah negara. Sifat maskulin atau feminin berperanan besar dalam melaksanakan sesuatu tugas dalam
organisasi. Maskulin dikenali sebagai nilai dominan dalam masyarakat berdasarkan
nilai kelelakian termasuklah persaingan, ketegasan, pengumpulan kekayaan dan
harta benda. Manakala feminin merujuk kepada menjaga kebaikan orang lain dan
kualiti hidup yang seimbang. Sebagai contoh dalam organisasi Polis Diraja
Malaysia (PDRM) yang lebih mengutamakan ciri-ciri maskulin dengan melihat
melalui perlantikan Ketua Polis Negara. Ini kerana kesemua Ketua Polis Negara
diungguli oleh kaum lelaki.
2.5 Konteks tinggi/ rendah
Dimensi
ini dikembangkan oleh Hostede bersama Michael Harris Bond di Hong Kong. Dimensi
ini sangat dipengaruhi oleh ajaran Confucius. Dimensi ini akan membingungkan
orang yang hidup di wilayah barat kerana merasakan hal ini tidak diperlukan.
Empat elemen ajaran yang mempengaruhi terbentuknya dimensi ini adalah :
A.
Kestabilan sosial berdasarkan atas ketidakstabilan hubungan
antara manusia. Sebagai contoh, pelajar junior memberikan penghormatan dan
kepatuhan kepada pelajar senior dan pelajar senior memberi perlindungan kepada
pelajar junior.
B.
Keluarga adalah bentuk dasar dari seluruh organisasi sosial.
Budaya cina memiliki keyakinan bahawa kehilangan martabat kelluarga ibarat
kehilangan satu mata, hidung atau mulut.
Menunjukkan penghormatan kepada orang disebut ‘memberi wajah” dalam budaya
mereka.
C.
Perilaku berbudi luhur kepada orang lain bermaksud tidak
memperlakukan orang lain seperti diri sendiri tidak mahu diperlakukan sedemikian.
D.
Berbuat baik adalah satu tugas dalam kehidupan dengan cara
menambah pengetahuan, keterampilan, bekerja keras, tidak boros, sabar dan
memelihara.
Pada
umumnya, komunikasi konteks rendah ditujukan pada pola komunikasi secara
situasi lisan langsung, perbicaraan yang betul, persiapan non-verbal dan
mengirim berorientasikan nilai. Pengirim bersikap tanggungjawab untuk
menyampaikan secara jelas. Dalam perbezaannya, komunikasi konteks tinggi
menunjukkan pada pola komunikasi dari situasi lisan tidak langsung. Dalam
komunikasi konteks tinggi, penerima mesej atau pendengar diharapkan unruk
memahami mesej yang tersirat supaya dengan teliti dapat di simpulkan apa yang
tersembunyi dalam mesej tersebut.
2.6 Polikronik/ monokronik
Davidhizar,
Giger, dan Tuner (1994) menyatakan bahawa sebahagian besar orang memiliki
kecenderungan ke arah gaya pengurusan waktu monokronik atau polikronik. Orang
dengan gaya monokronik memilih melakukan satu pekerjaan dalam satu waktu dan
cenderung memulai dan mengakhiri pekerjaannya tepat waktu pada waktunya manakala
orang dengan gaya polikronik pula memilih dua atau bahkan lebih pekerjaan dalam
waktu yang bersamaan dan untuk mengubah rencana, menekankan pada menjalin
hubungan dibandingkan dengan tugas, dan membentuk hubungan jangka panjang.
Edward
Hall (1959) yang menjalankan kajian tentang budaya konteks tinggi seperti di
Malaysia, cenderung bersifat polikronik dan menganggap masa sebagai kurang
ketara kerana beberapa perkara boleh berlaku dalam satu masa. Mereka juga lebih
berkemungkinan menumpukan perhatian kepada menjalinkan hubungan daripada
melakukan tugas itu sendiri. Sebaliknya pula, orang yang berada dalam budaya
dalam konteks rendah seperti Amerika Syarikat yang lebih bersifat monokronik
cenderung dan melihat masa sebagai perkara yang ketara yang dapat dijimatkan
dan dihabiskan dengan cara yang berhemah. Mereka lebih cenderung memberi
tumpuan lebih kepada tugas dan menjadi cekap serta spesifik tentangnya tampa
meletakkan banyak tekanan kepada hubungan.
3.
Kesimpulan
Dimensi
Perbezaan Budaya (Hofstede, 1980) sangat relevan bila diterapkan dalam
pengambilan keputusan dalam organisasi karena budaya dapat mempengaruhi anggota
organisasi termasuk mempengaruhi gaya kepimpinan. Penelitian penilaian karakter
setiap individu dalam suatu organisasi mampu menjelaskan masalah-masalah yang
timbul akibat sumber daya manusia. Dimensi budaya Hofstede dilihat mampu
menggerakkan individu-individu dalam organisasi untuk mencapai matlamat
organisasi.
Rujukan
Che Su, M., Mohd
Baharudin, O., Norhhayati, M. J., & Mohd Hafidz, H. (2009). SCCG3143 Kemahiran
Komunikasi Kepengurusan. Pengajian Luar Kampus Pusat Pendidikan Profesional dan
Lanjutan PACE Universiti Utara Malaysia.
Hofstede, Geert, 1980, Culture’s
Consequences, International Differences In Work
Related Values, Sage Publications, Beverly Hills, London. Retrieved from https://books.google.com.my/books?hl=de&lr=&id=Cayp_Um4O9gC&oi=fnd&pg=PA3&ots=V4ByDBSMQ9&sig=Gm51tRF6r8OkMeWQBiKRTNCr64&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false
McDermott,
R. & Carla O’Dell,
C. (2001). Overcoming cultural barriers to sharing knowledge. Journal of
Knowledge Management, Vol. 5 Issue: 1, pp.76-85. Retrieved from https://pdfs.semanticscholar.org/352d/6a6cdda0ad35da4c9f35774f9295df7c540c.pdf
MOHAMAD ZAIN, M., & NIK
HASSAN SHUHAIMI, N. A. R. (2010). Peranan Budaya dalam Mempromosikan
Keharmonian di Asia Tenggara. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu vol
1, issue 2, pp. 183 – 189. Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/2003/1/AlamTamadun2010012NEW.pdf
Steenkamp,
J. M. E., Hofstede, F., & Wedel, M. (1999, April). A cross-national
investigation into the individual and national cultural antecedents of consumer
innovativeness, Journal of Marketing, Vol 63, pp 55-69. Retrieved from https://www.researchgate.net/profile/Jan_Benedict_Steenkamp/publication/271789946_A_Cross-National_Investigation_into_the_Individual_and_National_Cultural_Antecedents_of_Consumer_Innovativeness/links/58de5037aca27206a8a615df/A-Cross-National-Investigation-into-the-Individual-and-National-Cultural-Antecedents-of-Consumer-Innovativeness.pdf
No comments:
Post a Comment