1.
Pengenalan
Analisis S.W.O.T adalah sebuah analisa yang
dicetuskan oleh Albert Humprey pada 1960-1970an. Analisa ini merupakan sebuah
akronim dari huruf awalnya iaitu Strenghts (kekuatan), Weakness (kelemahan),
Opportunity (Peluang/ Potensi) dan Threat (Ancaman/ Risiko). SWOT adalah salah
satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui bagaimana keadaan organisasi
yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana pula dengan keadaaan yang
akan dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman.
Teknik ini merupakan teknik asas yang selalu
digunakan di dalam pengurusan strategik (strategik
planning), mempertingkatkan kecemerlangan organisasi (improving company success), program pembangunan organisasi (organizational development) dan
mengenalpasti kelebihan persaingan (identifying
competitive advantage). Menurut
Irfan Syah Putra (2012), kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT)
analisis berdasarkan logik yang memaksimumkan kekuatan dan peluang, tetapi pada
masa yang sama boleh meminimumkan kelemahan dan ancaman.
Haslina dll (2010) menyatakan bahawa analisis
SWOT juga sesuai dalam merangka komunikasi audit, strategi perhubungan awam,
komunikasi pelanggan, komunikasi korporat dan segala bentuk komunikasi yang
melibatkan pihak di luar organisasi. Keempat-empat ciri analisis SWOT dikaitkan
dengan faktor persekitaran luaran, faktor persekitaran dalaman, aspek positif
dan aspek negatif. Antara aspek positif adalah kekuatan dan potensi manakala
aspek negative dilihat dari kelemahan dan risiko yang bakal dihadapi oleh
organisasi tersebut. Faktor persekitaran dalam dilihat dari kekuatan dan
kelemahan manakala faktor persekitara luaran dilihat dari potensi dan risiko.
Kesemua faktor diambil kira dalam membuat perancangan.
2.
Ciri-Ciri Analisis SWOT
2.1
Kekuatan (Strengths)
Kekuatan merujuk kepada sumber-sumber atau keupayaan di
dalam organisasi yang lebih boleh digembleng secara berkesan untuk mencapai
matlamat sesuatu perancangan. Ini boleh dilakukan dengan menyenaraikan
sumber-sumber komunikasi, kelebihan setiap aspek elemen komunikasi organisasi,
dan juga aset-aset atau peralatan-peralatan termasuk kemahiran yang dimiliki
(Velentin, 2001). Semua perkara tersebut merupakan aspek-aspek yang sedia dimiliki
dan boleh digunakan untuk meningkatkan keupayaan komunikasi organisasi. Senarai
kekuatan ini seharusnya selengkap yang boleh dan mempunyai kaitan dengan
komunikasi organisasi.
Kekuatan (strengths) dilihat pada organisasi Z adalah
seperti berikut :-
S (1) Kadar populasi penduduk yang ramai.
S
(2) Keluasan tanah milik organisasi Z.
S
(3) Kawasan yang tenang untuk sistem
pembelajaran.
S
(4) Kedudukan kewangan yang stabil.
S
(5) Lokasi yang sesuai untuk
persidangan.
S
(6) Kemudahan sukan yang lengkap.
Kekuatan atau (Strenghts) yang dapat dilihat melalui
pelaksanaan skrin digital di organisasi Z iaitu dari jumlah populasi penduduk
yang ramai. Jika diteliti, penduduk dalam kawasan Institusi Z adalah seramai
30000 orang yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar. Jumlah ini adalah
tidak termasuk dengan jumlah penduduk khalayak di kawasan pekan dan bandar
berhampiran yang sudah tentu jumlahnya adalah lebih ramai. Oleh itu kekuatan
dalam membina satu skrin digital besar di kawasan tesebut adalah sangat tinggi.
Kekuatan yang lain ialah keluasan tanah yang dimiliki oleh Institusi Z itu
sendiri. Tanah yang luas tersebut berupaya untuk mengeksplotasi sumber
organisasi yang ada tanpa menyewa atau membuat pembayaran dalam pembinaan skrin
digitan tersebut.
2.2
Kelemahan (Weakness)
Dalam pemasaran sesuatu produk yang dihasilkan oleh
sesebuah organisasi, kelemahan strategi pemasaran yang digunakan juga perlu
dititikberatkan. Hal ini kerana setiap strategi pemasaran yang digunakan perlu
diteliti dari pelbagai aspek untuk menghasilkan keberkesanannya agar dapat
memberi input yang berguna kepada sasarannya. Berdasarkan ciri-ciri analisis
SWOT, Kelemahan (Weaknesses) ditakrifkan sebagai apa-apa sistem, prasarana atau
aktiviti-aktiviti komunikasi yang disifatkan sebagai negatif. Kelemahan dirujuk
sebagai unsur-unsur komunikasi dalaman yang mempunyai ciri-ciri tidak positif
terhadap organisasi dan berpotensi menggagalkan sesuatu matlamat komunikasi
yang hendak dicapai. Menerusi ciri kelemahan ini pasukan penganalisis perlu menyenaraikan
limit, keburukan dan kerosakan yang dialami.
Antara kelemahan (Weaknesses) penggunaan skrin digital
besar oleh Organisasi Z sebagai salah satu strategi komunikasi pemasaran adalah
:
W(1) Peningkatan dalam perbelanjaan elektrik
organisasi
W(2) Tenaga pakar
dalam bidang teknologi diperlukan untuk mengendalikan skrin digital
W(3) Tenaga pakar dalam seni grafik juga
diperlukan
W(4) Perhubungan awam yang lemah dalam
bertindak
W(5) Sasaran audiens tidak menyeluruh
W(6) Tidak efektif untuk pemandu
Secara jelas, penggunaan skrin digital sebagai strategi
pemasaran bagi Organisasi Z akan meningkatkan kos perbelanjaan organisasi. Hal
ini kerana, dengan penggunaan skrin grafik tersebut akan meningkatkan kos
perbelanjaan elektrik Organisasi Z. Selain itu, organisasi tersebut juga
memerlukan tenaga pakar yang mahir dalam bidang teknologi untuk mengendalikan
pemasangan skrin digital sekaligus memastikan skrin tersebut dapat berfungsi
dengan baik sepanjang masa untuk memberikan kesan yang maksimum kepada audiens.
Hal ini secara tidak langsung juga akan meningkatkan kos perbelanjaan
organisasi tersebut.
Seterusnya, paparan grafik yang digunakan juga perlulah
menarik dan kreatif agar dapat menarik perhatian ramai audiens seterusnya
menjadikan pemasangan skrin tersebut berkesan sebagai salah satu komunikasi
pemasaran. Oleh itu, pihak organisasi perlu memiliki tenaga pakar dalam seni
grafik untuk memastikan grafik yang dihasilkan sangat menarik dan dapat
mempengaruhi audiens terhadap promosi yang dibuat oleh organisasi tersebut. Hal
ini secara tidak langsung juga akan meningkatkan perbelanjaan organisasi
tersebut.
2.3
Peluang / Potensi (Opportunities)
Potensi/ Peluang (Opportunities) pula merujuk kepada
situasi atau keadaan yang merupakan gambaran peluang yang ada dalam
persekitaran luar sesebuah organisasi bagi meningkatkan reputasi serta imej
organisasi. Secara ringkasnya, dalam usaha mengenal pasti ciri potensi,
kumpulan penganalisis perlu melihat organisasi dengan meletakkan diri mereka
berada di persekitaran luar komunikasi dan mengaitkan keadaan di luar itu untuk
dimanipulasikan sebaik mungkin.
Potensi yang dapat dilihat daripada pemasangan skrin
grafik besar oleh Organisasi Z adalah seperti berikut:
O(1) Mewujudkan lokasi informasi
O(2) Menceriakan kawasan persekitaran
O(3) Menjadi lokasi menarik untuk sesi fotografi
O(4) Penyampaian lebih berkesan
Potensi yang dapat dilihat daripada pelaksanaan
pemasangan skrin grafik oleh Institusi Pengajian Tinggi Z adalah dapat
menjadikan kawasan tersebut sebagai lokasi informasi kepada masyarakat. Hal ini
kerana segala info dan maklumat penting berkenaan institusi terbabit dapat
disalurkan kepada masyarakat melalui tayangan pada skrin grafik tersebut.
Hebahan aktiviti yang dijalankan yang ditayangkan secara berterusan di paparan
skrin grafik dapat menarik perhatian orang ramai untuk menyertainya. Selain
itu, potensi yang jelas hasil pemasangan skrin grafik tersebut adalah dapat
menceriakan kawasan persekitaran institusi tersebut. Penyampaian seni grafik
yang kreatif dan yang disertakan dengan penggunaan warna yang menarik dapat
menceriakan lagi kawasan tersebut terutamanya pada waktu malam. Hal ini secara
tidak langsung menjadi lokasi tumpuan pengunjung yang datang ke institusi
tersebut untuk sesi bergambar. Senario ini jelas dapat dilihat apabila adanya
majlis-majlis besar yang dianjurkan oleh pihak institusi seperti majlis
graduasi di mana pengunjung akan menjadikan skrin grafik sebagai salah satu
latar belakang sesi bergambar mereka. Seterusnya, penyampaian maklumat dan promosi
juga berpotensi untuk jadi lebih berkesan menggunakan paparan skrin besar ini.
Paparan yang ditayangkan yang lebih jelas, menarik dan mempunyai fungsi ulang
tayang dapat memberikan mesej yang jelas kepada masyarakat. Oleh itu, jelaslah
beberapa potensi telah dikenalpasti telah menyumbang kepada persekitaran hasil
penggunaan skrin grafik besar oleh pihak Institusi Pengajian Tinggi Z untuk
tujuan komunikasi pemasaran.
2.4
Risiko / Ancaman (Threats)
Ciri SWOT dari sudut risiko dan ancaman (Treats) membawa
maksud perkara atau keadaan di luar organisasi yang mampu menjadi halangan
dalam menjayakan sesuatu pelan komunikasi organisasi dengan berkesan.
Memandangkan perkara-perkara bahaya ini biasanya diabaikan dan hanya diberi
tumpuan setelah ia menjadi masalah besar kepada komunikasi organisasi, maka
penganalisis harus mentafsirkan bahawa risiko ini merupakan perkara yang telah
menjadi realiti dan juga yang dijangkakan bakal membahayakan organisasi.
Melalui kaedah pengenalpastian risiko, organisasi dapat menyusun strategi
tertentu untuk berhadapan dengan fenomena-fenomena di luar keupayaan untuk
dikawal. Ini bermakna pengenalpastian risiko akan mebuat organisasi menjadi
lebih responsive dan proaktif dengan menyusun pelan komunikasi agar
risiko-risiko tersebut dapat di atasi.
Ancaman (Threats) yang dapat dilihat melalui pemasangan skrin digital
besar di organisasi Z adalah seperti berikut.
T(1) Peningkatan
kadar kemalangan.
T(2)
Kelulusan dari kementerian
Ancaman atau (Threats) yang dapat dilihat melalui pelaksanaan skrin
digital di organisasi Z ialah menyumbang kepada peningkatan kemalangan jalan
raya. Skrin digital yang hendak di pasang adalah berskala besar iaitu berukuran
6mm x 2m yang boleh menarik perhatian pemandu mahupun penunggang motosikal yang
menggunakan laluan tersebut. Hal ini boleh menyebabkan kemalangan jalan raya di
kawasan tersebut disebabkan kehilangan fokus dalam pemanduan. Ancaman yang lain
dalam pelaksanaan skrin digital besar ini perlu mendapat persetujuan daripada
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Oleh itu terdapat
beberapa syarat dan peraturan yang harus dipatuhi oleh organisasi Z yang telah
ditetapkan oleh (SKMM).
3.
Aplikasi SWOT
3.1
Strategi Kekuatan (S)-Peluang (O)
Strategi S-O juga boleh dilihat dari prespektif lokasi
dan kedudukan yang strategik. Jika diperhatikan dalam pelan perancangan
komunikasi organisasi Z dalam usaha menyampaikan mesej dan maklumat jelas
memperlihatkan kedudukan atau lokasi untuk membina skrin digital berukuran
6mx2m adalah sangat strategik. Hal ini kerana, pembinaan skrin digital tersebut
adalah berhampiran dengan laluan utama yang menghubungkan diantara pekan dan
Bandar-bandar berhampiran. Ini menunjukkan jumlah penduduk yang menggunakan
laluan tersebut adalah sangat tinggi dan dalam masa yang sama mampu menarik
minat dan perhatian khalayak untuk melihat ruang mesej atau maklumat yang cuba
dipaparkan. Kesannya akan memberi kesinambungan dengan pelan perancangan
komunikasi organisasi Z untuk memasang skrin digital berskala besar di institusi
tersebut.
Strategi S-O yang lain boleh dilihat dari sudut jumlah
penduduk. Kadar populasi penduduk dalam institusi Z adalah mencecah 30000 orang
yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar. Jumlah penduduk yang banyak ini
sudah tentu memberi peluang yang besar kepada organisasi Z dalam usaha membina
skrin digital besar berukuran 6mx2m sebagai usaha mempelbagaikan penyaluran
maklumat dan mesej kepada khalayak sekaligus dapat meningkatkan imej organisasi
Z. Jumlah penduduk yang ramai ini tidak termasuk dengan jumlah penduduk yang
berhampiran dengan pekan dan bandar di sekitarnya. Oleh itu, pelan perancangan
komunikasi yang hendak dilakukan oleh organisasi Z untuk membina satu skrin
digital berskala besar mampu menarik minat penduduk sekitar dan kurangnya persaingan.
Secara tidak langsung mesej atau maklumat yang cuba disampaikan dalam medium
skrin tersebut berpotensi tinggi untuk diterima oleh mereka yang melihatnya.
3.2
Strategi
Kelemahan (W)-Peluang (O)
Strategi mengatasi kelemahan dengan menggunakan kelebihan-kelebihan
daripada potensi-potensi yang wujud. Strategi ini merujuk kepada bertindak
mengatasi kelemahan dengan melaksanakan perkara-perkara yang berpotensi dan
bermanfaat tetapi masih belum
dilaksanakan oleh organisasi. Sekiranya kelemahan organisasi mempunyai reputasi
yang rendah, organisasi boleh mengambil langkah yang belum dibuat seperti
mewujudkan pusat informasi organisasi di tempat-tempat awam atau menaikkan imej
organisasi dengan menaja aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Dalam kajian kes terhadap organisasi Z, ia terletak di
kawasan yang terpencil yang mempunyai jarak kira-kira 15km dari pekan
berhampiran. Dalam kajian ini, pertama skali perlu mengenal pasti elemen
kelemahan (weakness) iaitu institusi Z terletak di kawasan terpencil dari pekan
berhampiran iaitu kira-kira 15km. Kedudukan ini menyukarkan dari pandangan
orang ramai. Kedudukan yang terpencil yang memerlukan pihak organisasi Z
merancang pelbagai kaedah promosi serta peniklanan agar mendapat liputan meluas
dari pihak luar.
Namun begitu, permasalahan tersebut dapat diatasi kerana
institusi tersebut mempunyai populasi seramai 30,000 orang yang terdiri
daripada kakitangan serta pelajar-pelajar. Selain itu, sejak beberapa tahun
kebelakangan ini, institusi Z sering kali menjadi lokasi pelbagai persidangan
dan juga aktiviti sukan daripada pelbagai pihak. Ini menunjukkan bahawa
institusi Z mempunyai peluang (opportunities) untuk maju ke hadapan dan
dikenali oleh pihak luar. Dalam pada itu juga, organisasi Z mempunyai pelan
perancangan komunikasi untuk meningkatkan imejnya melalui usaha-usaha promosi
terhadap institusi tersebut. Walaupun berada di tempat yang agak terpencil,
namun institusi Z tetap mendapat sambutan dari pelbagai pihak. Ini menunjukkan
bahawa dalam organisasi Z telah membuat persediaan dalam pelbagai aspek seperti
promosi untuk mengangkat institusi Z lebih dikenali oleh masyarakat luar. Dan
yang terbaru, organisasi Z telah merancang untuk memasang skrin digital besar untuk memudahkan orang ramai mengetahui
wujudnya institusi Z walaupun jauh di tempat yang terpencil.
3.3
Strategi
Kekuatan (S)-Risiko (T)
Strategi ini menggunakan kekuatan yang dimiliki untuk
mengurangkan risiko-risiko yang wujud. Sebagaimana yang kita sedia maklum,
risiko merupakan perkara-perkara di luar kawalan organisasi. Oleh yang demikian
risiko sukar diatasi tetapi boleh ditanggani menerusi langkah-langkah
mengurangkannya. Reputasi organisasi yang rendah dalam kalangan pihak sasaran
dapat dibaiki dengan kekuatan iaitu meningkatkan penyaluran bahan media yang pelbagai
yang dimiliki oleh organisasi. Menerusi kaedah ini maka risiko tersebut
berpotensi dikurangkan apabila lebih banyak komunikasi disalurkan oleh
organisasi kepada kumpulan sasaran.
Dalam strategi ini, kekuatan (strength) yang dimiliki
oleh organisasi Z adalah mempunyai populasi sekitar 30,000 orang yang terdiri
daripada kakitangan dan pelajar-pelajar. Ini membolehkan organisasi Z membuat
promosi melalui kakitangan serta pelajar yang ada untuk menarik lebih ramai
orang luar untuk datang dan mengadakan pelbagai aktiviti serta seminar di
institusi Z. Selain itu, organisasi Z juga mempunyai kekuatan lain iaitu
mempunyai peruntukan modal sebanyak RM200,000.00 untuk membeli sebuah skrin
digital besar untuk memastikan promosi dapat ditingkatkan serta meningkatkan
imej melalui kaedah penyaluran maklumat atau strategi promosi yang unik.
Kekuatan lain yang terdapat dalam organisasi Z adalah,
kedudukan institusi Z begitu strategi iaitu berada di tepi jalan raya dan juga
simpang tiga diantara jalan-jalan dari
arah Bandar yang berdekatan. Di sini kita boleh lihat berdasarkan rajah yang
diberikan, kedudukan skrin digital besar yang akan dipasang di hadapan
institusi Z menunjukkan bahawa skrin tersebut dapat dilihat dengan jelas dimana
kedudukannya betul-betul tepi jalan serta simpang tiga.
Namun begitu, terdapat risiko (threats) yang perlu di
tanggung oleh organisasi Z. Pihak organisasi Z perlu memikirkan kos yang
diperlukan untuk memasang skrin digital memandangkan situasi ekonomi sekarang
yang semakin tidak stabil. Jika promosi melalui skrin digital tidak berjaya,
pihak organisasi Z semestinya menanggung kerugian besar memandangkan kedudukan
institusi yang agak terpencil dari bandar. Namun begitu, pihak organisasi Z
juga perlu mengambil kira risiko dari pesaing lain seperti pesaing dari
internet serta teknologi lain.
3.4
Strategi
Kelemahan (W)-Risiko (T)
Strategi
W-T adalah satu perancangan yang akan diambil untuk meminimumkan
kelemahan-kelemahan yang ada dan mengelakkan risiko yang menggugat sesebuah
organisasi. Strategi ini lebih dikenali sebagai pelan bertahan (defensive).
Setelah mengenalpasti kelemahan yang ada, tindakan sewajar harus diambil untuk
mengurangkan jumlah kelemahan yang dalam organisasi. Tindakan ini menyekat
pesaing-pesaing lain mengeskploitasikan kelemahan yang ada untuk kepentingan
mereka. Jesteru itu, risiko yang bakal dihadapi oleh organisasi dapat
dikurangkan dan dielakkan.
Organisasi
Z telah mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada. Tindakan sewajarnya dan
penyelesaian kepada kelemahan tersebut haruslah diambil bagi mengurangkan
kelemahan organisasi Z. Kelemahan-kelemahan yang telah diuruskan mampu
mewujudkan situasi yang stabil kepada organisasi Z. Contohnya kelemahan skrin
digital besar adalah penggunaan kos elektrik yang semakin bertambah. Kelemahan
tersebut boleh diselesaikan dengan mengaktifkan skrin digital besar pada
masa-masa tertentu sahaja. Dengan ini, risiko kewangan dapat dielakkan oleh
organisasi Z.
4.
Rumusan
Analisis
SWOT adalah penting sebagai satu proses penilaian yang menyeluruh dalam
sesebuah organisasi. Setiap kekuatan, kelemahan, peluang dan risiko yang bakal
dihadapi harus dikaji dan diambil tindakan yang sewajarnya. Analisis ini digunakan
dalam perancangan dan persediaan dalam sesebuah organisasi. Ia bertujuan untuk
menilai analisis dalaman dan luaran yang dapat membantu pembentukan atau
mempengaruhi sesuatu kejayaan sesebuah organisasi agar terus relevan dan kekal
dalam persaingan.
Hasil
analisis SWOT menyediakan satu dokumen komprehensif berhubung scenario semasa
komunikasi organisasi dan juga input-input dalam membentuk perancangan
komunikasi strategi yang menyeluruh. Ini kerana analisis SWOT merupakan langkah
dalam mengurus komunikasi strategi organisasi. Dengan adanya analisis SWOT,
organisasi Z dapat membuat perancangan dan persediaan yang teliti berkaitan
kaedah penyaluran maklumat dan promosi.
Selain
itu, organisasi Z mampu memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada dalam
organisasi. Jesteru itu, risiko yang bakal dihadapi oleh organisasi Z dapat
dielakkan dan kelemahan organisasi tidak dieksplotasi oleh pesaing-pesaing
organisasi Z untuk kepentingan mereka.
Rujukan
Haslina
Halim., dll (2010). SCCA 3013 Pengurusan Komunikasi Strategik. Pusat Pendidikan
Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia Sintok.
Irfan
Syah Putra. (Disember, 2012). Poverty, population growth, and human capital
development in Kedah Darul Aman. A
Project Paper for the Degree of Master of Science Management. Diakses daripada
http://etd.uum.edu.my/3563/1/s809247.pdf
No comments:
Post a Comment