Saturday, 5 August 2017

Cabaran Pengamal Komunikasi Korporat Menurut Joep Cornelissen (2004)



1.            Pengenalan
Komunikasi korporat adalah satu bidang yang boleh di katakan agak baru kepada organisasi atau syarikat di Malaysia. Ianya mula menjadi penting apabila dasar penswastaan diperkenalkan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad. Dengan ada nya dasar ini, syarikat-syarikat mula terdedah kepada persaingan bagi mendapatkan keuntungan yang lebih. Ketika itu, kepentingan komunikasi korporat hanya terasa kepada syarikat-syarikat yang bukan kerajaan atau syarikat yang mencari keuntungan.
Komunikasi adalah proses perkongsian maklumat antara seseorang dengan seseorang yang lain bagi meningkatkan kefahaman (Rogers, 1995). Komunikasi adalah aktiviti penghantaran kandungan simbol semata-mata daripada satu sumber ke suatu sumber yang lain, tetapi ditukar di antara ejen manusia, yang berinteraksi di dalam perkongsian situasi atau konteks percakapan (Price, 1997). Menurut Eunson (2007), komunikasi merupakan agen utama yang mengukuhkan hubungan dalam sesuatu organisasi.
Menurut Cornellissen (2004) komunikasi korporat adalah satu fungsi pengurusan yang menawarkan satu kerangka dan tatabahasa bagi membentuk satu koordinasi yang berkesan bagi semua bentuk komunikasi. Ia bertujuan untuk membentuk dan mempertahankan reputasi yang disukai oleh kumpulan-kumpulan khalayak yang menjadi sandaran penting organisasi. Komunikasi Korporat boleh didefinisikan sebagai satu proses atau tindakan menterjemah atau mengubah identiti korporat yang berbentuk fizikal seperti logo, warna, perkataan dan sebagainya yang melambangkan organisasi kepada imej korporat berbentuk mental atau pemikiran. komunikasi korporat adalah komunikasi yang berlaku di kalangan ahli-ahli organisasi, di dalam organisasi itu. berinteraksi dalam pasukan, persidangan dengan rakan sekerja, bercakap dengan seorang penyelia atau menguruskan, memberi pekerja penjelasan dan arahan, temuduga dan membuat persembahan adalah beberapa contoh komunikasi korporat. kemahiran komunikasi korporat yang berkesan meningkatkan imej korporat dan kesan positif kepada semangat, komitmen dan produktiviti dalam perbadanan. Oleh itu, organisasi perlu memantapkan perkhidmatan dan mewujudkan pengkhususan dalam perkhidmatan agar perkhidmatan yang diberikan akan lebih cekap.
Pembangunan Koridor  Multi media di Cyberjaya telah menjadikan Malaysia agak ke hadapan dalam aspek komunikasi. Faktor ini telah menyebabkan komunikasi korporat di Malaysia menjadi agak ke hadapan. Ini kerana langkah mempromosikan reputasi syarikat tidak lagi hanya terhad di dalam negara sahaja. Dengan kos yang rendah, usaha promosi boleh dijanakan tanpa sempadan dengan masa yang cepat dan dalam bentuk yang lebih komunikatif dan interaktif. Dengan ada nya kemudahan komunikasi, maka ia telah memudahkan kerja-kerja komunikasi korporat.

2.            Cabaran Komunikasi Korporat
2.1         Strategi
Konsep perancangan strategik telah diperkenalkan oleh Ansoff (1965). Beliau berpendapat bahawa konsep perancangan strategik harus digabungkan dengan analisis dalaman dengan melihat kesanggupan atau keupayaan syarikat dengan analisis persekitaran luaran iaitu menganalisis peluang dan ancaman. Program-program komunikasi berkait dengan objektif korporat dan pemasaran untuk menunjukkan sumbangan komunikasi yang lebih besar dan mempunyai nilai tambah kepada organisasi. Selain itu, strategi yang baik akan menghasilkan situasi menang-menang kepada kedua-dua belah pihak.
Para sarjana telah mendefinisikan strategi dengan pelbagai maksud dan pengertian. Merujuk kepada Quinn (1980) pula, perkataan strategi telah didefinisikan sebagai corak atau rancangan yang mengintegrasikan keseluruhan matlamat, polisi dan perbuatan bagi organisasi secara keseluruhanya. Mintzberg (1994) pula menggambarkan strategi sebagai perancangan di mana suatu petunjuk akan digunakan dalam menjalankan aktiviti pada masa hadapan
Matlamat dan objektif semua aktiviti ekonomi adalah berorentasikan keuntungan dan salah satu kaedah  untuk mencapai lebih banyak keuntungan adalah mengembangkan operasi dengan membuka lebih banyak cawangan perniagaan. Quinn dan Alexander (2002) juga membahagikan kaedah pengembangan kepada lima iaitu pengambilalihan, pertumbuhan secara organik, sistem francais, usaha sama dan konsesi dalam premis. Setiap kaedah pengembangan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing dan bergantung kepada strategi perniagaan peruncit masing-masing. Sesetengah peruncit melaksanakan beberapa kaedah pengembangan bergantung kepada situasi dan peraturan di sesebuah negara.
Bedasarkan Garis Panduan Penglibatan Syarikat Asing Dalam Pengedaran, Pedagangan dan Perkhidmatan di Malaysia, pasar raya besar atau hypermarket adalah stor perniagaan yang mempunyai keluasan lantai melebihi 5 000 m2 yang menjual pelbagai barangan pengguna, melibatkan barangan makanan dan bukan makanan (KPDKK, 2010). Dari Jepun melalui AEON Berhad dengan jenama AEON Big. Salah satu syarat yang perlu dipatuhi oleh peruncit asing sebelum menjalankan operasi pasar raya besar seperti yang terkandung dalam Garis Panduan Penglibatan Syarikat Asing Dalam Pengedaran, Perdagangan dan Perkhidmatan adalah mengadakan usaha sama dengan syarikat bumiputera tempatan, dimana syarikat tempatan mestilah memegang sekurang-kurangnya 30% pemilikan (KPDNKK, 2010)

2.2         Struktur
Komunikasi perlu distruktur dan disusun dengan mengkoordinasikan komunikasi, pekerja dengan aktiviti yang berkesan. Hal ini akan mempermudahkan pembuat keputusan dalam organisasi tersebut. Struktur organisasi yang dibentuk bukan sahaja memberi kesan terhadap produktiviti dan ekonomi, akan tetapi ia turut memberi kesan terhadap kepuasan kerja yang dilakukan. Struktur organisasi juga perlu dibentuk agar dapat menggalakkan penyertaan kakitangan yang berkemahiran seterusnya dapat meningkatkan prestasi bagi syarikat yang berkenaan (Lynch, 2003). Secara keseluruhannya, keberkesanan sesebuah organisasiadalah dipengaruhi oleh pembentukan struktur organisasi itu sendiri serta kakitangan yang wujud dalam setiap hierarki struktur organisasi tersebut.
Struktur organisasi adalah berbeza berdasarkan kepada situasi yang berbeza. Terdapat beberapa perubahan yang memerlukan organisasi bertindak lebih kreatif dalam menstrukturkan semula sumber tenaga serta sumber-sumber lain dalam organisasi. Oleh yang demikian, organisasi perlu untuk mengenalpasti pembolehubah yang dapat mempengaruhi struktur organisasinya agar ia dapat dibentuk dengan tepat dan berkesan. struktur organisasi yang jelas dan sesuai juga akan membolehkan tugas dan tanggungjawab dapat difahami dengan mudah di samping dapat memberikan faedah kepada keberkesanan dan kecekapan pengurusannya.

2.3         Publik
Pengamal-pengamal komunikasi mesti memperhebatkan peranan sebagai pengurus dengan lebih tegas lagi. Hal ini kerana public masa kini lebih bijak dan mempunyai pengetahuan, keperluan dan kemahuan yang tinggi. Menurut Freeman (1984), public atau khalayak boleh didefinisikan sebagai mana-mana kumpulan atau individu yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung di dalam mencapai objektif sesebuah organisasi. Khalayak amat penting untuk menentukan hala tuju dan kejayaan sesebuah organisasi.
Khalayak terbahagi kepada dua bahagian iaitu khalayak dalaman organisasi dan khalayak luaran organisasi. Khalayak dalaman organisasi melibatkan individu-individu yang terdapat di dalam organisasi atau pekerja. Khalayak luaran organisasi melibatkan masyarakat atau pengguna kepada sesuatu produktiviti dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesebuah organisasi.
Menurut Berge (1988) menyatakan bahawa kebanyakan organisasi mempunyai empat kumpulan khalayak yang besar iaitu kumpulan normatif, kumpulan fungsional, kumpulan pelanggan dan kumpulan penyebaran. Kumpulan normatif adalah kumpulan yang membuat peraturan-peraturanserta undang-undang pada setiap aktiviti organisasi. Kumpulan fungsional pula adalah kumpulan pekerja organisasi termasuk pembekal, rakan kongsi dan penyedia perkhidmatan professional. Kumpulan pelanggan adalah pelanggan yang memastikan organisasi bertahan dan kekal dalam tempoh masa yang lama. Manakala kumpulan penyebaran adalah kumpulan yang mempunyai minat terhadap organisasi dan diberi mandate melindungi khalayak. Kumpulan ini terdiri daripada  media dan pertubuhan pekerja.
           

3.            Kesimpulan
Ketiga-tiga cabaran komunikasi korporat iaitu strategi, stuktur dan publik dilihat mampu mempengaruhi kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi korporat. Setiap cabaran tersebut hendaklah dititikberatkan dalam tujuan mencapai matlamat organisasi. Pengabaian terhadap cabaran-cabaran tersebut menyebabkan sesebuah organisasi tidak mampu bertahan lama di dalam dunia persaingan.
Strategi, struktur dan publik merupakan perkara yang perlu diberi penekanan secara kritikal oleh mana-mana organisasi korporat. Oleh yang demikian, kesemua perkara tersebut perlu diaplikasikan dalam memastikan sesebuah organisasi korporat terus bertahan dan kekal lama dalam dunia perniagaan.


Rujukan
Eunson, B. (2007). Communication In The Workplace. First Published. Australia: John Wiley & Sons. Retrieved from https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=1b_IENc2q80C&oi=fnd&pg=PT8&dq=Eunson,+B.+(2007).++Communication+in+the+workplace+.+First+Published.++Australia:+John+Wiley+%26+Sons.&ots=pKf0H6aLYs&sig=2pd4XKlwrq__RWMeHPtxjxfHEG4&redir_esc=y#v=onepage&q&f=false

Price, J. L. (1997). Handbook Of Organizational Measurement. International Journal Of Manpower, 18 (4/5/6), 305-558. Retrieved from https://books.google.com.my/books?id=AyMZt9AodEEC&pg=PA112&lpg=PA112&dq=Price.++J.++L.++(1997).++Handbook++of++organizational++measurement.+++International+Journal+of+Manpower+,++18+,+(4/5/6),+305-558&source=bl&ots=N5moGCXJ3d&sig=-wL2j6rTB86A_fPb70txrzrtAMg&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=Price. J. L. (1997). Handbook of organizational measurement. International Journal of Manpower %2C 18 %2C (4%2F5%2F6)%2C 305-558&f=false

Rogers, E. M. (2010). Diffusion Of Innovations. Simon and Schuster. Retrieved from https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=v1ii4QsB7jIC&oi=fnd&pg=PR15&dq=Rogers,++E.++M.&ots=DLSpvOYqaT&sig=WN5HLspVZ12fC40aE1sjV2CB-Jc&redir_esc=y#v=onepage&q=Rogers%2C E. M.&f=false

Cornelissen, J., & Cornelissen, J. P. (2017). Corporate Communication: A Guide To Theory And Practice. Sage. Retrieved from http://www.academia.edu/7839391/S13_Professor_Joep_Cornelissen_Corporate_Communications_Theory_and_Practice_2004

No comments:

Post a Comment

Analisis S.W.O.T Organisasi Z

1.             Pengenalan Analisis S.W.O.T adalah sebuah analisa yang dicetuskan oleh Albert Humprey pada 1960-1970an. Analisa ini me...